Saturday, August 6, 2011

Forbearance

The Prophet SAW was as forbearing towards those under his command as he was towards others. Anas ibn Malik RA said: "I served the Messenger of Allah for ten years; and throughout that entire period, he never once said regarding something I did, 'Why did you do that?' And he never once said regarding something I didn't do, 'Why didn't you do that?' " Everyone who came into contact with the Prophet SAW was immediately impressed by his smiling countenance, easy-going manner, friendly demeanor, and forgiving nature. Their amazement quickly turned into admiration, and then into love that became firmly rooted in their hearts. 
['A'id al-Qarni, Muhammad as if you can see him


Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan kareem

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Alhamdulillah, bulan yang penuh keberkatan dah pon tiba..setan pon xde time ni, so kita perlu berjuang memerangi nafsu dan memenuhkan masa dengan amalan2 yang diredhai Allah..

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

kat bawah ni aku nak senaraikan kebiasaan yang berlaku di bulan Ramadhan (yg juga pernah jd kebiasaan aku) yang kita patut renungkan dan seboleh2nya elakkan:

1) time2 bulan Ramadhan ni masing2 jadikan alasan untuk kurang produktif dalam melakukan kerja..badan jadi lesu, ngantuk, cepat penat...it's actually in your minds..n maybe what you take during sahur..so, nak elakkan drp terjadi kelesuan, make sure amik sahur yg ada nutrisi2 penting, and make sure minum air byk skit..sbab kat msia ni kan panas berdekang, mudah dehydrated..and maybe leh amik supplement to keep energized the whole day..

2) benda ni sebelum Ramadhan pon orang dah dok sibuk..sibuk ngan baju raya, kuih raya, langsir raya, renovate rumah utk raya, etc etc..byk kali gak terjadi kat aku..make sure you snap out of it cepat2..bulan mulia ni kita kena bykkan amal..pasal raya tu mungkin boleh dikurangkan..sebab byk benda2 sunat yg kita boleh buat utk dapatkan pahala yg berlipat2 kali ganda..

3) bila dh sibuk pasal raya, mula la nak pi shopping sana sini..lebih2 lagi skarang tengah sale kan..so, macam2 yg dibelinya..bila shopping?siang2 takot penat, so shopping lepas berbuka...x payah la galak sgt shopping..apa kata kita p terawih??bukankah itu lagi utama??mengejar keberkatan bulan mulia??

4) azan subuh belum lagi berkumandang..dah berfikir2 apa juadah berbuka hari ni??nak beli apa di bazar ramadhan?nak masak apa??bukan takat masa sahur je..tgh dok bekerja pon pikir..siap tgk jam berpuluh2 kali menanti detik berbuka..hmm..slalu gak aku macam ni..tapi, apa kata kita penuhkan masa2 tersebut untuk ingat Allah..berzikir n selawat byk2, x kira di mana saja; sama ada masa bekerja, masa berjalan menuju ke suatu tempat, tgh drive, tron tangga, berehat sekejap etc etc..insyaAllah lagi berkat..

5) berbisness..ini x salah, malah dituntut sebab mencari rezeki yang halal..tapi kadang2 berbisness ni mengurangkan amalan kita..dulu2 ms skola aku slalu la tolong mak aku bisness kuih raya..order bertimbun2 sampai x menang tgn (Alhamdulillah rezeki masuk)..tp buat kuih sampai kadang2 x tido n x terawih..masa sahur n berbuka pon still lagi buat kuih..in my opinion, mmg bagus berbisness tp berpada2 la..jgn sampai amalan lain terganggu..

6) perasaan 'x sabarnye nak raya!'..kecik2 dulu slalu camni kan..harap2 bila dah dewasa kita try la berfikir 'aku nak manfaatkan sepenuhnya Ramadhan ini'..sbab perasaan x sabar nk raya tu, bila dah tiba raya, terus x teruja..rasa mcm biase je (time dewasa ni la)..tapi bayangkan kalau kita terawih hari2, sebelum ni x pnah solat sunat sebelum n selepas solat wajib kita buat time Ramadhan, try to involve in charity, dpt khatam Quran dlm masa sebulan, dpt berqiamullail, maybe dpt siapkan kerja lagi byk drp bulan2 biasa...bila tiba je Syawal, insyaAllah kita akan jadi org yg lebih bersyukur dan mengharap supaya diberikan umur yg panjang untuk bertemu dgn Ramadhan lagi..and akan terasa nikmatnya raya bila kita penuhkan hari2 Ramadhan dgn amalan yg baik..

So, jom kita sama2 cuba untuk memperbaiki diri n sama2 la kita manfaatkan bulan mulia ni ya..Selamat berpuasa untuk semua umat Islam...moga Ramadhan kali ini dipenuhi keberkatan, insyaAllah..Ramadhan Mubarak everyone!

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008