Tuesday, November 17, 2009

Korban

Lagi 10 hari kita akan menyambut Hari Raya Korban. Dulu2 ape yang aku tau pasal raya korban ni, setiap kali raya mesti byk lembu kena sembelih..teringat lak tgk lembu sembelih live kat surau cheras masa kecik2 dulu..ngeri rasenye bila tgk darah merah terpercik bila leher lembu dipotong..brani gak mase dulu ekk..hehe

So, aku ade gak tgk2 pasal ibadah korban yang amat dituntut dalam Islam.

" Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu            ( wahai  muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".
 ( Surah al-Kausar : 1-3  )

Ibadah ni x wajib, tapi sunat yang amat dituntut..maksud amat dituntut ni ialah pahala amat besar dan barangsiapa yang mampu, haruslah lakukan ibadah korban nih..sangat digalakkan, tapi manusia zaman sekarang lagi pentingkan harta benda drp melakukan ibadah sebegini..bayangkan ade orang bil telefon sampai beratus2...handbag beli nak coach, dior, LV je..baju beli semua nak berjenama..pastu makan kat luar nak makan kat hotel 5 bintang..semua mahal2 sampai satu meal jadi RM100++..tapi bila disuruh amalkan korban, masing2 lari..macam2 alasan..mahal la..xde duit la..padahal satu bahagian cuma dlm RM350 je..ape la sgt duit kalo nak dibandingkan dengan pahala n keberkatan..

Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w.  : 



" Barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini  ".
  ( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )



 
based on hadis ni, ibadah korban hampir2 jugak seperti ibadah wajib utk mereka yang berkemampuan, yang Allah limpahkan rezeki yang byk...pendek kata org kaya pasti mampu kan..Korban ni salah satu tanda kesyukuran kita terhadap Allah yang telah melimpahkan rezeki kpd kita..tu yang aku paham..


: " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya  jika kamu kufur ingkar sesungguhnya  azab-Ku amatlah keras  ".  
( Surah Ibrahim : 7  )

Sekadar pengetahuan aku, sesiapa yang melalukan ibadah korban ni, disunatkan agar tidak memotong kuku, rambut dan bulu dari 1 Zulhijah sampai la hari dia berkorban.
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya." (H/R Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah.)..byk lagi hadis2nya..boleh cari sendiri..even dlm internet pon ade kalo rajin google..

One more thing, disunatkan juga berpuasa pada 9 Zulhijah, iaitu sempena hari Wukuf, dan sebagai tanda kesyukuran sempena Aidiladha..

Jadi, renung2kan la..banyak hikmah2 raya haji nih..cuma antara nak ambil tahu atau tidak, tepuk dada tanya la iman.....wallahualam



0 comments:

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008